Menteri Pertahanan Nafi Tindakan Kejam Terhadap Warga Filipina Di Sabah

Diterbitkan: Isnin, 11 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan laporan sebuah portal berita Filipina kononnya pasukan keselamatan negara bertindak kejam terhadap rakyat negara itu semasa operasi mengusir penceroboh di Sabah.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai 'tuduhan melulu', beliau menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak sepatutnya cuba merosakkan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Manila.

"Saya ada baca laporan media itu dan maklumat saya dapat daripada Polis Diraja Malaysia menyatakan bahawa tidak ada tindakan diambil dengan tujuan untuk membunuh warga Filipina di kawasan tertentu seperti yang didakwa," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan kolej kediaman Mahallah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini, Isnin.

Portal berita Filipina itu memetik seorang rakyat Filipina sebagai mendakwa kononnya pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka.

Mengenai Operasi Daulat, Ahmad Zahid berkata ketika ini pihak keselamatan menumpukan operasi pada tiga kawasan iaitu Tanjung Labian, Tanjung Batu dan Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata tiada tanda atau tindak balas daripada kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai Askar Kesultanan Sulu untuk meletak senjata.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Malaysia dan Filipina mempunyai kerjasama erat bagi memastikan tiada kumpulan penceroboh mendarat di perairan Sabah.

"Kedua-dua negara cuba menamatkan isu ini dengan segera. Tiada istilah menang dan kalah. Ini supaya keamanan dapat diwujudkan di Sabah khususnya dan negara amnya," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan