Jangan Sebar Berita Tidak Benar - Pengarah Hospital Semporna

Diterbitkan: Isnin, 11 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: "Tolong jangan sebar berita atau maklumat tidak benar di tempat kami hingga mencetuskan ketakutan kepada penduduk," kata Pengarah Hospital Daerah Semporna Dr Amran Japar pada Isnin.

Beliau berkata kawalan keselamatan yang dilakukan anggota polis terutama di kawasan hospital itu memberi keyakinan kepada penduduk untuk berurusan seperti biasa.

Namun ada segelintir pemberita yang melaporkan berita palsu seterusnya menakutkan penduduk, katanya.

Serentak itu, beliau dengan keras menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin yang mendakwa empat lelaki bersenjata M-16 dipercayai pengganas Sulu, datang ke hospital daerah Semporna untuk menuntut mayat anggota kumpulan mereka.

"Saya minta janganlah pihak pemberita memandai-mandai membuat berita palsu ini, kerana mungkin ia akan menyebabkan penduduk takut untuk ke hospital," katanya kepada Bernama.

Dr Amran turut memberitahu bahawa sejak insiden serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas yang mengorbankan enam anggota polis, sepasukan anggota polis bersenjata berkawal di hospital itu.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kehadiran empat individu bersenjata di Hospital Daerah Semporna.

"Saya ingin tegaskan di sini, jangan mudah percaya dengan khabar angin, saya minta mereka (pihak tidak bertanggungjawab) hentikan berita palsu ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan