Bapa Saiful Masuk PKR

Diterbitkan: Isnin, 11 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azlan Mohd Lazim pada Isnin menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (kiri).
Azlan Mohd Lazim pada Isnin menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (kiri).

PETALING JAYA: Selepas tiga hari membuat kenyataan mendakwa kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Mohd Saiful Bukhari adalah fitnah, Azlan Mohd Lazim pada Isnin menghantar borang permohonan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengakui berjuang menyokong perjuangan Anwar dan PKR sejak 1998, Azlan bagaimanapun menegaskan tindakannya menyertai parti itu tiada kena mengena dengan pendedahannya berhubung kes liwat II.

"Saya berhak buat keputusan untuk diri saya...saya ikut dengan rapat perkembangan PKR.

"Ini adalah masa yang tepat untuk saya menyertai PKR dan sokong Datuk Seri Anwar untuk lakukan perubahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Jumaat lalu, Azlan pada satu sidang media tertutup mendakwa kononnya tuduhan ke atas Anwar itu adalah satu fitnah.

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Namun rayuan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 22 dan 23 Julai ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan