Ops Daulat Akan Hanya Berakhir Bila Semua Pengganas Ditumpaskan

Diterbitkan: Ahad, 10 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ops Daulat akan hanya ditamatkan apabila semua penceroboh bersenjata di Sabah dapat ditumpaskan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata pada Sabtu.

"Mereka tidak meletak senjata tanpa syarat, jadi ops ini akan diteruskan," katanya sambil menambah semua anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas mencari mayat penceroboh bersenjata itu perlu meningkatkan tahap keselamatan dalam apa jua tindakan yang diambil.

"Kami dengar ada orang kata ada jerangkap samar dipasang dengan bahan letupan, jadi nasihat saya anda perlu merancang dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan kerana ia merupakan perkara yang perlu diberi keutamaan," katanya.

Hishammuddin berkata jumlah terkini penceroboh yang terbunuh ialah 53 orang, namun beliau tidak menolak kemungkinan jumlah keseluruhan mungkin lebih daripada itu.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata pihaknya sedang mempertimbangkan cadangan untuk melibatkan agensi sukarela seperti RELA bersama-sama dengan masyarakat setempat khususnya JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) dalam usaha menjaga keamanan di Sabah.

"Satu pelan akan dikeluarkan untuk menentukan bagaimana setiap rakyat boleh membantu dalam memastikan keselamatan di negeri ini terjamin. Kami mahu setiap orang menjadi sebahagian daripada langkah insklusif ini," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Kepayan pada Sabtu.

Beliau berkata kerajaan akan melakukan segala yang termampu dalam usaha memastikan kejadian tembak-menembak seperti yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna tidak berulang lagi.

"Kami tidak akan membiarkan anggota keselamatan terbunuh dan usaha ini akan diteruskan," katanya sambil menambah bahawa rancangan mengenai Kawasan Keselamatan Khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, sedang dirangka oleh pihaknya.

"Tindakan ini akan berkuat kuasa segera dan tidak lama lagi, secara keseluruhannya rancangan ini meliputi lima daerah iaitu, Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan