Lahad Datu: Seorang Lagi Wira Negara Yang Cedera Selamat Tiba Di Ipoh

Diterbitkan: Ahad, 10 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Konstabel Mohd Qayum'aiqal Zolkipli, 22, ditemani ibunya Hasnah Abdul Manan (kiri) dan bapanya Zolkipli Mohd Sidek (dua kanan) ketika tiba di Pangkalan Latihan Unit Udara Polis di Ipoh, Ahad. -fotoBERNAMA
Konstabel Mohd Qayum'aiqal Zolkipli, 22, ditemani ibunya Hasnah Abdul Manan (kiri) dan bapanya Zolkipli Mohd Sidek (dua kanan) ketika tiba di Pangkalan Latihan Unit Udara Polis di Ipoh, Ahad. -fotoBERNAMA

IPOH: Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, anggota komando VAT 69 yang cedera akibat insiden tembakan oleh kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah, selamat tiba di Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Diraja Malaysia di sini, Ahad.

Ketibaan Mohamad Qaiyum'aiqal, 22, dengan pesawat King Air Beechcraft 300 PDRM, disambut ibu bapanya Zolkifli Mohd Sidek, 59, Hasnah Abdul Manan, 52, serta enam adik beradiknya yang datang dari Batu Pahat, Johor.

Sebelum ini, Mohamad Qaiyum'aiqal yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Sebaik tiba, wajah Mohamad Qaiyum'aiqal dilihat sayu namun mampu melepaskan kerinduannya dengan beramah mesra bersama dua anak saudaranya iaitu Puteri Nor Farah Elyana Fahmi, 5 dan Puteri Nor Alya Nabilah Fahmi, 2.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk menjalani rawatan susulan.

Turut menyambut kepulangan beliau ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam.

Abang ipar beliau, Lans Koperal Fahmi Mokhtar, 28, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata adik iparnya itu sudah berkhidmat dalam pasukan polis selama empat tahun dan baru setahun menyertai unit komando VAT 69.

"Pertempuran ini adalah operasi pertama disertai oleh Qaiyum sebagai komando selepas menamatkan latihan asas komando VAT 69 tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan sejumlah peruntukan termasuk perancangan bagi membantu anggota yang terbabit serta keluarga mereka dan pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat.

Dua lagi anggota VAT 69 yang turut cedera dalam insiden itu, Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, berasal dari Kelantan dan Koperal Azman Ampong, 39, dari Sabah, dibawa pulang tiga hari lepas dan ditempatkan di HRPB untuk menjalani rawatan.

Terdahulu, Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang menziarahi kedua-dua anggota itu, berkata Azman dimaklumkan oleh doktor cedera ditembak namun keadaannya tidak kritikal dan sedang menjalani beberapa rawatan manakala Tarmizi pula melecur teruk di kaki kesan ledakan bom ketika merangkak di kawasan medan pertempuran.

Kedua-dua mereka akan dipindahkan ke pusat rawatan kem tentera di Lumut untuk rawatan lanjut, katanya.

Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun melahirkan rasa syukur kerana kedua-dua anggota itu selamat dan berkata sejumlah sumbangan akan dipertimbangkan kepada anggota terbabit serta keluarga mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan