Kerajaan Tidak Pernah Arah Anggota Keselamatan Lakukan Sandiwara - PM

Diterbitkan: Ahad, 10 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pemimpin pembangkang yang menuduh insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai satu sandiwara sedangkan pasukan keselamatan negara berkorban nyawa bagi mempertahankan negara.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengarahkan anggota keselamatan melakukan sandiwara sebaliknya mengarahkan mereka mempertahan dan menjaga kedaulatan negara.

"Cuba fikir boleh tidak kita mencari pelakon yang sanggup mati dalam lakonan mereka? Ada tidak yang nak jadi sukarela (berlakon) yang bawa dia mati? "Saya percaya tidak ada seorang pun yang sanggup bersandiwara sebegitu," katanya ketika berucap merasmikan Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini, Sabtu.

Kira-kira 20,000 penduduk di sekitar Melaka menghadiri majlis perasmian menara setinggi 21 tingkat yang dibina dengan kos RM208 juta bagi menempatkan jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri itu sejak Ogos 2010.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata isu keselamatan tidak sepatutnya dipolitikkan kerana keamanan dan kedaulatan negara terlalu mahal nilainya. Beliau berkata rakyat negara ini perlu mencontohi negara maju seperti Amerika Syarikat yang walaupun mempunyai perbezaan politik namun tidak mengeksploitasi soal keselamatan.

"Rakyat mereka memberi sokongan kepada 'man in uniform', mereka tidak memperlekehkan anggota keselamatan," katanya.

Kata Najib, kedaulatan dan keamanan negara amat penting bagi membolehkan pelbagai agenda transformasi dilaksanakan kerajaan dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Perdana Menteri berkata masa depan negara akan menjadi lebih baik jika rakyat dapat memberi sokongan sepenuhnya terhadap agenda transformasi yang telah dirangka dan dilaksanakan kerajaan dengan penuh teliti dan rapi.

Najib berkata kerajaan tidak akan melaksanakan dasar atau menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin dapat ditunaikan seperti dilakukan pembangkang yang kononnya mahu memberi pendidikan tinggi percuma, pemansuhan tol dan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

"Seperti kata orang putih, 'there is no such thing as free lunch'...maknanya kalau kita nak bagi percuma mesti ada pihak lain yang membayar untuk sesuatu perkhidmatan itu kalau kita nak bagi secara percuma kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata memang terdapat beberapa negara di dunia seperti Scandinavia dapat memberi pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya, namun mereka terpaksa menaikkan kadar cukai sehingga mencecah 75 peratus. "Kenapa tidak ada mana-mana negara yang dapat memberi pendidikan percuma melainkan mereka menaikkan kadar cukai, baru dia boleh bagi pendidikan percuma. Bila dia sudah bagi pendidikan percuma dia tidak boleh memberi akses seluas-luasnya (kepada rakyat) kerana kemampuan terbatas kepada banyak mana cukai boleh dipungut daripada rakyat," katanya.

Hal ini, katanya, berbeza di Malaysia apabila kerajaan berjaya membuka akses pendidikan tinggi seluas-luasnya kepada rakyat tanpa perlu menaikkan kadar cukai. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan