Insiden Pencerobohan Sabah Perlu Kajian Terperinci - Dr Mahathir

Diterbitkan: Ahad, 10 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad mencadangkan agar kerajaan membuat kajian mendalam berhubung insiden pencerobohan militan di Lahad Datu yang mengorbankan lapan anggota polis sehingga kini.

Bekas perdana menteri berkata kajian itu perlu bagi mengenal pasti bagaimana pencerobohan boleh berlaku termasuk kelemahan negara sehingga berlaku insiden itu.

"Kajian ini juga penting bagi menentukan sama ada kerajaan perlu menambah perbelanjaan untuk pertahanan termasuk membeli peralatan perang dan senjata untuk menangani serangan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pandangan pada Forum Strategik bertajuk 'Masa Depan Bangsa Malaysia' di sini Ahad.

Dr Mahathir berkata hasil kajian itu nanti akan membantu kerajaan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan Lahad Datu memandangkan pantai di Sabah berliku-liku dan mudah diceroboh pihak tertentu dari negara jiran, misalnya Filipina.

Beliau juga percaya kerajaan memiliki wang secukupnya untuk menambah perbelanjaan untuk pertahanan, termasuk meningkatkan bilangan anggota pasukan keselamatan, untuk menangani insiden pencerobohan sebab mendapat hasil yang banyak menerusi syarikat tempatan yang membuat keuntungan besar.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebelum ini berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir apabila dilaporkan berkata kerajaan perlu membuat kajian terperinci tentang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Terdahulu dalam ucapannya pada forum itu, Dr Mahathir berkata kerajaan hanya memperuntukkan lima peratus dalam Belanjawan tahunan untuk pertahanan, manakala 25 peratus untuk pendidikan kerana menganggap pendidikan menentukan masa depan rakyat di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan