Insiden Pencerobohan Lahad Datu: Manila Mula Siasat Penasihat Kiram

Diterbitkan: Ahad, 10 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) pada Jumaat memulakan penyiasatan ke atas keganasan Sabah, dan memanggil penasihat Sultan Sulu 'Boy Saycon' untuk disoalsiasat Selasa hadapan.

Media di Filipina melaporkan sapina akan dikeluarkan dalam usaha NBI mencari bukti dakwaan konspirasi berlaku dalam konflik bersenjata antara pasukan keselamatan Malaysia dan “tentera diraja” Sulu di Sabah, yang terletak di timur Malaysia itu.

Memetik kenyataan jurucakap Sultan, Abraham Idjirani, 'The Philippine Star' berkata ini adalah permulaan tindakan oleh pihak kerajaan ke atas pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dan akan didakwa kerana mencetuskan pemberontakan di Sabah.

Akhbar itu melaporkan bahawa sapina yang ditandatangani timbalan pengarah Jabatan Risikan, Reynaldo Esmeralda, dihantar jam 4 petang Jumaatke pejabat Saycon di Makati oleh ajen NBI.

Saycon, setiausaha agung Majlis Perhubungan Filipina (COPA), telah dikaitkan dalam plot menghancurkan kestabilan pentadbiran lalu, menurut laporan yang dipetik daripada laman sesawang ABS-CBN News.

"Saya syak kerana perkembangan terbaru dan kemasukan ke Sabah," kata Saycon kepada The Philippine Star, walaupun beliau masih belum menerima sapina tersebut.

"Sudah dijangkakan bahawa penyokong sultan akan didakwa. Mereka sekarang sedang menyediakan lebih banyak sapina, kerana ugutan terhadap kerajaan sudah mula berleluasa dalam masa dua minggu ini."

Penganalisis strategi politik juga dilaporkan berkata Sultan Sulu sudah membentuk sepasukan peguamnya bagi membantu penyokongnya yang mungkin disiasat atau dihadapkan ke mahkamah kerana keganasan di Sabah, yang didakwa pihak berkuasa Malaysia pada Khamis meragut 52 warga Filipina dan lapan rakyat Malaysia.

"Saya fikir kerajaan ada konspirasi tanpa sebarang sebab, dan mahu menuduh orang ramai dan bukannya menyelesaikan krisis yang sedang meruncing di Sabah," dakwa Saycon menurut akhbar berbahasa Inggeris itu.

Menurut laporan sebelumnya, Saycon mengaku menjadi penasihat keluarga Kiram dalam hal ehwal luar, ekonomi dan budaya selama sedekad tetapi menafikan memberi nasihat untuk tentera diraja Sulu mengambil alih Sabah.

The Philippine Star melaporkan pengarah NBI Nonnatus Rojas tidak dapat dihubungi untuk memberi komen ke atas tujuan sapina terbabit, tetapi mengatakan baru-baru ini beliau mengatakan beliau sedang menyiasat "siapa yang terlibat di belakang insiden Sabah."

Akhbar tersebut itu melaporkan bahawa kerajaan Filipina berkata semalam orang-orang Kiram di Sabah hanya menyertai tentera Sulu selepas disogok wang.

"KIta sudah melihat laporan di media, sesetengah dari mereka (tentera diraja), dibayar $600, dan dijanjikan untuk dibayar $600. Mereka juga dijanjikan tanah, dan kedudukan dalam kesultanan, ini tidak boleh dinafikan lagi," kata jurucakap presiden Edwin Lacierda.

Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang mendakwa dirinya sebagai 'putera raja' Kesultanan Sulu, sedang mengetuai 200 pemberontak bersenjata di Sabah, dimana mereka sudah berada di situ sejak 9 Februari.

Puak bersenjata itu berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat dua minggu lalu, selepas perbincangan secara aman gagal, dan pertempuran minggu lalu menyaksikan penceroboh Sulu ramai yang terbunuh, dan juga lapan orang anggota polis Malaysia.

Malaysia melancarkan serangan besar-besaran sejak Selasa lalu, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan dan artileri menghujani Kampung Tanduo, tempat penceroboh itu berlindung.

Setakat ini, jumlah kematian penceroboh Sulu mencecah 53 orang menurut laporan pihak berkuasa Malaysia, dengan 32 orang terbunuh dalam pertempuran berikutan serangan udara Selasa lalu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan