Filipina Tingkat Kawalan Di Perairan Kepulauan Sulu - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 10 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan Filipina mempertingkat kawalan di perairan Kepulauan Sulu bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu dari selatan negara itu di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu diberitahu sendiri oleh Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire T Gazmin yang menghubunginya baru-baru ini.

Katanya tentera laut dan pengawal pantai Filipina turut mengadakan operasi di perairan itu bagi tujuan menyekat mana-mana penduduk dari Kepulauan Sulu untuk menyeberang ke Sabah.

Malaysia amat menghargai usaha yang dilakukan kerajaan Filipina itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng di sini, Ahad.

Beliau berkata Filipina turut menyatakan hubungan diplomatik dengan Malaysia tidak terjejas dengan insiden itu.

Ahmad Zahid berkata beliau berharap Jamalul Kiram, didakwa dalang pencerobohan itu, sedar bahawa kerajaan Filipina tidak menyokong mereka.

Mengenai kenyataan Jamalul Kiram yang mengisytiharkan perjuangannya itu adalah satu jihad, beliau berkata: "Itu istilah dia...jihad apa kalau menggunakan anak-anak buah untuk menceroboh negara orang, apa makna jihad kalau mereka mati dengan tidak ada penghormatan.

"Saya telah melihat gambar mereka dicampakkan di lubang yang digali cuma dua kaki ditutup dengan papan dan pelepah kelapa sawit. Adakah itu jihad? Jihad mesti menghormati jenazah...bukan dengan cara tidak menghormati jenazah kawan-kawannya yang telah meninggal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan