Tindakan Tegas Terhadap Anggota JPJ Jika Terlibat Kes Palsukan Kesihatan VDL

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggotanya jika didapati terlibat dalam kes pemalsuan laporan pemeriksaan kesihatan borang permohonan Lesen Memandu Vokasional (VDL) JPJ.

Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hassan berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama ada anggota JPJ terlibat ataupun tidak.

"Tindakan seperti tatatertib akan dikenakan jika didapati mereka terlibat dalam kes berkenaan namun pihak kami masih menunggu laporan lengkap daripada SPRM," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ, di sini Sabtu.

Pada Jumaat, akhbar melaporkan enam doktor klinik swasta dari beberapa daerah di Perak ditahan SPRM setelah dikesan melakukan pemalsuan laporan pemeriksaan kesihatan borang permohonan VDL JPJ.

Enam doktor terbabit berusia 40 hingga 60 tahun ditahan dalam serbuan serentak di Ipoh, Manjung, Teluk Intan, Taiping, Gerik dan Tapah, petang semalam.

Kesemua doktor itu dipercayai membuat pengesahan kesihatan tanpa menjalankan pemeriksaan terhadap pemohon lesen berkenaan.

Solah berkata tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab dan ia akan membawa kesan negatif dan membahayakan orang ramai.

Menurutnya setiap pemohon lesen vokasional perlu menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapat pengesahan doktor sama ada di klinik kerajaan atau swasta bagi mendapatkan permohonan baharu atau proses pembaharuan lesen.

Beliau berkata pihaknya juga sedang mengkaji semula sistem e-Kesihatan yang pernah dicadangkan sebelum ini bagi mengatasi masalah seperti pemalsuan laporan kesihatan berulang.

Katanya sistem berkenaan akan menyalurkan terus rekod kesihatan pemohon yang membuat pemeriksaan di klinik swasta dan klinik kerajaan dan pengesahan itu dibuat oleh doktor yang berkelayakan.

"Sebelum ini kita mencadangkan sistem kesihatan secara online ini dapat digunakan namun ia tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu namun kini kita akan mengkaji kembali sama ada ia boleh digunakan atau sebaliknya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan