Suasana Sekarang Baik Untuk BN - Tun Mahathir

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin suasana politik sekarang adalah lebih baik bagi Barisan Nasional (BN) berbanding semasa pilihan raya umum pada 2008.

Katanya, pelbagai pendekatan baharu yang dijalankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin diterima rakyat. "Saya berpendapat Datuk Seri Najib ambil alih (jawatan Perdana Menteri), iklim bertukar dan beransur-ansur memihak semula kepada BN, kepada Umno khususnya. "Ini kerana saya sedar tahun 2008 ramai juga orang Umno yang mengundi parti lawan kerana kecewa.

"Jadi tiada sebab lain mereka kecewa dan banyak usaha sedang dilakukan (Datuk Seri) Najib untuk memulih semula sokongan (kepada) Umno dan BN. Saya yakin keadaan lebih baik berbanding PRU 2008," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas program Amanat Negarawan Kepada Rakyat Marang yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di sini, Sabtu.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said serta barisan Exco kerajaan negeri. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan