Sekolah Di Semporna Dibuka Isnin, Lahad Datu Masih Tunggu Jaminan Keselamatan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua 49 sekolah di daerah Semporna, melibatkan 40 sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah yang ditutup sementara ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu akan dibuka sepenuhnya Isnin ini, kata Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Jame Alip.

Bagi lapan sekolah yang terlibat di Lahad Datu pula, Jame berkata keputusan sama ada membuka semula sekolah atau sebaliknya akan ditentukan hari ini selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pasukan keselamatan.

Beliau berkata satu mesyuarat khas kumpulan kerja keselamatan negeri Sabah akan diadakan hari ini di Kota Kinabalu bagi mengetahui jaminan keselamatan di sekitar sekolah yang terlibat.

"Hari ini kita akan dapatkan maklumat daripada pasukan keselamatan kerana semua sekolah terbabit terletak berhampiran kawasan gerakan ofensif terhadap kumpulan pengganas.

"Jika pasukan keselamatan kata keadaan selamat, insyaAllah semua sekolah di Lahad Datu selain Semporna akan beroperasi seperti biasa Isnin ini," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, pagi Sabtu.

Lapan sekolah yang masih ditutup di daerah Lahad Datu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Lok Buani, SK Sahabat 14, SK Cenderawasih, SK Fajar Harapan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.

Selain itu Jame menasihati ibu bapa supaya membenarkan anak-anak kembali ke sekolah dan tidak perlu khuatir kerana pasukan keselamatan akan memastikan keadaan terkawal sepenuhnya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan