Polis Periksa Kg Simunul Kesan Saki Baki Senjata Penceroboh Militan - Berita Semasa | mStar

Polis Periksa Kg Simunul Kesan Saki Baki Senjata Penceroboh Militan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) melakukan pemeriksaan sekitar Kampung Simunul bagi mengesan saki baki pengganas di Semporna.
Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) melakukan pemeriksaan sekitar Kampung Simunul bagi mengesan saki baki pengganas di Semporna.

SEMPORNA: Polis pada Sabtu menjalankan pemeriksaan di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini bagi mengesan saki-baki senjata kumpulan penceroboh militan yang terlibat dalam kejadian serangan hendap 2 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan itu melibatkan kira-kira 100 anggota polis dari komando VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am Batalion 14 dan Unit Forensik.

"Selain untuk mengesan senjata api, kami juga membuat lakaran lokasi kejadian termasuk lakaran laut secara spesifik," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati pemeriksaan yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir lima jam kemudiaan mendapati rata-rata penduduk melahirkan perasaan lega apabila polis menjalankan pemeriksaan di kawasan itu.

Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata pemeriksaan seumpama itu adalah yang pertama sejak kejadian serangan hendap yang mengorbankan enam anggota polis dan menyebabkan enam musuh terbunuh.

"Ketika polis membuat pemeriksaan, penduduk yang berada di dalam rumah diarah tidak keluar rumah, manakala yang ingin masuk ke dalam rumah diarah tunggu sehingga pemeriksaan selesai," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pemeriksaan anggota pasukan keselamatan itu menimbulkan perasaan lega penduduk yang sebelum ini hidup dalam kebimbangan berikutan kejadian pertempuran antara polis dan penceroboh militan itu. "Penduduk kampung kini boleh menarik nafas lega dan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.

Ditanya mengenai jumlah penduduk yang kembali ke kampung, beliau berkata minggu lepas jumlah penduduk yang meninggalkan kampung ini hampir 1,000 orang tetapi hari ini hanya tinggal 300 orang yang belum pulang. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan