Pemimpin Akar Umbi Diminta Pantau Kemasukan Pengganas - Shafie

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Shafie Apdal meminta pemimpin akar umbi supaya membantu anggota keselamatan memantau sebarang kemasukan pengganas ke kawasan mereka.

Shafie berkata tanggungjawab menjaga keselamatan negara tidak harus diletakkan hanya pada bahu anggota keselamatan, tetapi keupayaan pemimpin akar umbi juga perlu digembelengkan. "Pemimpin masyarakat sebenarnya mempunyai peranan besar dalam menjaga keselamatan negara selain pihak keselamatan. Sekiranya semua pihak bersatu dan bekerjasama, sudah pasti pengganas mahupun penceroboh takut masuk ke negara kita," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama masyarakat di sini, Sabtu.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 500 orang terdiri daripada Ketua Kampung, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua Anak Negeri dan Wakil Ketua Anak Negeri.

Menurut Shafie pemimpin masyarakat sebenarnya berperanan besar dalam menjaga keselamatan negara dan bertindak sebagai mata dan telinga pasukan keselamatan untuk menyalurkan maklumat diperlukan, seperti dilakukan sebuah kampung di Semporna sehingga berjaya membunuh seorang pengganas.

"Ini adalah satu tindakan yang perlu dicontohi kerana tiada pihak yang inginkan keselamatannya tergugat", kata Shafie pada majlis yang turut dihadiri Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abd Ghapur Salleh, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung Datuk Syed Abas Syed Ali, Adun Merotai Datuk Pang Yuk Ming, Adun Sebatik, Abdul Muis Picho dan Adun Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat.

Pada majlis itu, Shafie turut menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Tabung Perwira Negara sebanyak RM16,500 oleh pelbagai pihak kepada pengerusi bersama tabung itu iaitu Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Ismail Mayakob. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan