Pasukan Perubatan di Lahad Datu Dikerah Bantu Penduduk Di Pusat Pemindahan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pasukan perubatan dari Pusat Kesihatan Lahad Datu dikerah ke tiga pusat pemindahan berhampiran kawasan berlakunya insiden pencerobohan militan selatan Filipina di Kampung Tanduo, bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada penghuni pusat pemindahan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata pasukan perubatan dan kesihatan berlepas ke kampung itu pada 7 dan 8 Mac untuk memberi rawatan kesihatan serta mengambil langkah kawalan. "Suntikan imunisasi diberi dan pasukan perubatan memeriksa ibu hamil. Kami turut menyediakan 18 tandas pasang siap. Pasukan ini akan ke sana setiap hari sehingga sebuah klinik sementara yang bersesuaian dapat diwujudkan. Dua pakar psikiatri dari Hospital Lahad Datu akan turut ke sana mulai hari ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini hari ini ketika diminta mengulas langkah kementeriannya dalam membantu penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan itu.

Terdahulu, Rosnah, yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno, menyampaikan sumbangan kepada balu dan waris yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna.

Katanya ini merupakan susulan lawatan Pergerakan Puteri Umno yang sebelum ini memberi sumbangan kepada anggota keluarga yang terkorban di Klang dan Subang dalam insiden pencerobohan itu.

Pada majlis yang sama, Yayasan Nur Jauhar dan PERKEP Malaysia dan Sabah turut memberi sumbangan kepada anggota keluarga terbabit. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan