Pahang Tambah Bantuan 'One-Off' Kepada Pelajar Yang Sambung Pengajian

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang akan menambah bantuan 'one-off' kepada pelajar institusi pengajian tinggi kelahiran Pahang yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata bantuan bernilai RM500 hingga RM1,000 itu akan mula diberikan tahun ini. "Sebelum ini, Yayasan Pahang memberikan bantuan one-off sebanyak RM500 kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah. "Apabila pelajar yang memiliki diploma mahu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dan telah mengambil bantuan one-off, mereka tidak diberikan lagi bantuan itu. "Namun mulai tahun ini, mereka yang memilik diploma dan mahu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah, akan diberikan lagi bantuan sebanyak RM500.

"Manakala bagi mereka yang memiliki ijazah dan mahu melanjutkan ke peringkat Master atau Phd, akan diberikan bantuan one-off sebanyak RM1,000," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh pada Sabtu.

Adnan berkata sejak bantuan itu diperkenalkan pada tahun 2002, lebih 11,000 pelajar menerimanya setiap tahun dan jumlah itu dijangka bertambah mulai tahun ini.

Beliau berkata sejak ditubuhkan 25 tahun lepas, Yayasan Pahang telah membelanjakan hampir RM1 bilion untuk menjayakan pelbagai program pendidikan.

"Wang itu sebenarnya datang daripada rakyat dan dipulangkan semula kepada rakyat melalui bantuan dan sumbangan kepada yang layak," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan