Noraziah Berat Hati Tinggalkan Pusara Suami Untuk Pulang Ke Perak

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: "Berat hati saya untuk meninggalkan kubur abang untuk balik ke Perak hari ini setelah seminggu berdoa, membaca Yasin dan menyiram air bunga di pusaranya," kata Noraziah Nor, balu Allahyarham ASP Zulkifli Mamat.

Begitulah kata-kata balu beranak dua ini mengenai suami tercinta yang terkorban dalam insiden pencerobohan kumpulan militan di Lahad Datu, Sabah, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Allahyarham Zulkifli, 30, iaitu anggota polis komando VAT 69, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, terkorban manakala tiga lagi anggota cedera.

Noraziah yang ditemani kakak iparnya, Aishah Mamat, 32, yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, ditemui Bernama selepas menziarahi kubur suaminya di Tanah Perkuburan Gong Bayor di sini sebelum pulang ke Perak.

Sejak Sabtu lepas, Noraziah, 28, seorang guru pelatih, menziarahi pusara suaminya setiap pagi dan tinggal di rumah ibu mertuanya Khatijah Ismail di Kampung Kubang Ikan di sini, kira-kira 1 kilometer dari tanah perkuburan itu. Beliau berkata ibu mertuanya akan turut bersama pulang ke rumahnya di Taman Putra Sentosa, Bandar Baru Putra, Ipoh, bersama dua anaknya, Noor Aqma Amiruddin, 5, dan Noor Muhammad Akhil, 1.

Noraziah berkata beliau berkemungkinan tidak meneruskan praktikal mengajarnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan, Ipoh kerana akan bertugas di Kangar, Perlis berdasarkan surat yang dikirimkan kepadanya oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar atas arahan Perdana Menteri.

"Malah Isnin ini saya akan ke Kuala Lumpur pula bagi memenuhi undangan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor," katanya.

Apabila ditanya tentang sumbangan yang bakal diterimanya, Noraziah yang sedang mengandung anak ketiga, berkata beliau akan memenuhi hasrat arwah suaminya sebelum meninggal dunia untuk membaiki rumah kediaman ibunya di Kubang Ikan terlebih dahulu.

"Selepas itu saya akan mengupah haji untuk Abang Zul dan menderma al-Quran ke Masjidil Haram sebagaimana hasrat beliau sebelum meninggal," katanya.

Selain itu, semua sumbangan yang diterima akan disimpan untuk perbelanjaan masa depan anaknya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan