Ku Li Nafi Ditawar Jadi PM

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan cakap-cakap kononnya beliau ditawar jawatan perdana menteri jika pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menyifatkan perkara itu sebagai karut, Tengku Razaleigh berkata ia sengaja ditimbulkan di saat menjelangnya pilihan raya umum.

"Karut saja, saya masih dalam Umno dan cerita itu timbul mungkin dari rakan dia oranglah tu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal Orang Asli di Lojing petang Jumaat.

Beliau diminta mengulas khabar angin yang mendakwa pakatan pembangkang ada menawarkan beliau jawatan Perdana Menteri jika pembangkang memerintah negara.

Hadir sama pada program itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan Mat Sulji Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan/Terengganu Abdul Razak Arshad serta Pengerusi Persatuan Orang Asli Kelantan Ilyas Anjang.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Tengku Razaleigh berkata walaupun beliau pemimpin veteran Umno namun masih mendapat sokongan rakyat, khususnya masyarakat Orang Asli.

"Saya sejak dahulu lagi bekerja kuat untuk kemenangan Umno hingga kaum Orang Asli memberi sokongan sepanjang masa," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan