Kerajaan Tidak Bercadang Benar Calon SPM Ambil Lebih 10 Subjek - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil lebih daripada 10 subjek kerana ia tidak menepati matlamat sebenar Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata matlamat sebenar adalah supaya pelajar lebih fokus pada subjek utama dan ia juga akan memudahkan guru membimbing mereka.

"Sebelum ini memang ada pelajar yang ambil sehingga 15 dan 20 subjek, tetapi sejak dua tahun lepas kita tidak benarkan lagi kerana mahu pelajar lebih fokus pada subjek utama. Setakat ini kita lihat okay (ambil 10 subjek sahaja)," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada Multaqa Guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Zon Utara di Universiti Sains Malaysia di sini, Sabtu, yang dihadiri kira-kira 2,300 guru agama.

Terdahulu, seorang guru mencadangkan kerajaan membenarkan calon SPM terutama dalam bidang Agama Islam mengambil lebih daripada 10 subjek supaya mereka boleh mengambil mata pelajaran dalam bidang Sains agar dapat membuat lebih pilihan untuk melanjutkan pelajaran.

Muhyiddin berkata perkara itu perlu dikaji secara terperinci kerana bimbang ia akan membebankan pelajar terutama untuk mendapatkan pendidikan bagi subjek tambahan.

"Kalau 10 subjek, mudah untuk guru kita membimbing dan mereka (pelajar) juga tidak perlu belajar di luar untuk mendapatkan pendidikan tambahan bagi subjek lain.

"Mungkin pelajar dalam bidang Agama Islam lebih terbatas kerana tidak boleh ambil subjek lain, ini kita akan teliti secara mendalam," katanya.

Kepada soalan mengenai kekurangan guru subjek Pendidikan Islam di sekolah sejak kebelakangan ini, Muhyiddin berkata beliau memang mengambil perhatian perkara itu dan ia turut dibincangkan di peringkat Kabinet bagi mencari jalan penyelesaian.

Katanya satu daripada usaha kementerian bagi mengatasi masalah itu bagi memastikan proses pembelajaran tidak terjejas ialah menghantar Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) berkursus dan mengisi kekosongan dengan segera..

"Bukan hanya guru Pendidikan Islam tetapi subjek lain juga, ini kadang-kadang berlaku kerana masalah guru-guru bersara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan