APMM Akan Bina Pondok Kawalan di Felda Sahabat

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata langkah itu juga bertujuan memperkukuh tahap keselamatan warga Felda dan penduduk tempatan lain selaras pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah yang diumum Khamis lepas. "Jeti Felda Sahabat akan diguna sebagai tempat operasi APMM," katanya dalam taklimat bersama 30 ketua peneroka Felda Sahabat di sini, Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Najib berkata kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Felda Sahabat berkeluasan kira-kira 100,000 hektar dan menempatkan kira-kira 6,500 keluarga peneroka serta 11,000 pekerja ladang kelapa sawit yang kebanyakannya rakyat asing.

Ahmad berkata pihaknya juga akan mencadangkan kepada kerajaan supaya Polis Bantuan Felda diberi senjata lebih canggih manakala Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibekalkan senapang.

Pada masa ini, katanya, Polis Bantuan Felda hanya memiliki senapang patah yang mampu menembak dengan berkesan pada jarak kira-kira 50 meter manakala Rela pula hanya memiliki cota.

"Ini untuk membolehkan mereka mengawal keselamatan penduduk Felda dengan lebih berkesan rentetan peristiwa ini (pencerobohan)," katanya sambil menambah keanggotaan Rela di kawasan itu akan ditambah daripada 200 kepada 400 orang.

Dalam pada itu, Ahmad meminta warga peneroka sentiasa berwaspada dan jangan bersimpati serta berkompromi dengan kumpulan pengganas militan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan