Lahad Datu: Serah Diri Atau Dihapuskan - PM

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Malaysia memberikan kata dua kepada saki-baki kumpulan bersenjata Sulu, sama ada 'menyerah diri anda atau dihapuskan'.

Ketika pasukan keselamatan elit mengetatkan kawalan terhadap kumpulan lelaki bersenjata di persekitaran dua kampung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tawaran gencatan senjata yang dibuat oleh Sultan Jamalul Kiram III pada Khamis dan mengisytiharkan bahawa tentera dan polis akan terus memburu saki-baki kumpulan bersenjata Sulu jika mereka enggan berputus asa.

"Operasi-operasi akan diteruskan," kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas melihat dengan lebih dekat operasi serangan terhadap lelaki bersenjata Sulu, yang memasuki hari ketiga, Khamis.

Najib berkata beliau menerima panggilan daripada Presiden Filipina Benigno Aquino III pada awal hari Khamis bertanya kepadanya tentang perasaan rakyat Malaysia tentang tawaran gencatan senjata Jamalul.

"Saya memberitahunya bahawa mereka perlu meletakkan senjata tanpa syarat."

Najib berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian tentera dan pasukan polis yang bergabung dan berkata ia akan menjadi rangka kerja untuk mengadakan operasi bersama yang lebih dalam menangani ancaman keselamatan masa depan.

"Masing-masing menyumbang kepakaran mereka kepada operasi, membawa kepada pencapaian kita pada hari ini," katanya.

Najib berkata, sepatutnya tidak ada apa-apa lagi polemik mengenai kedudukan Sabah dalam Malaysia.

"Ini sepatutnya tidak timbul sama sekali. Dari perspektif undang-undang, Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan dalam Suruhanjaya Cobbold, lebih daripada dua pertiga daripada rakyat di negeri ini menyuarakan hasrat mereka untuk menjadi sebahagian daripada negara ini (pada tahun 1963)," katanya.

"Jadi persoalan tentang Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja di dalam atau di luar negara ini. Dan kami akan mempertahankan kedudukan ini," katanya.

Najib berkata pemimpin masyarakat Suluk di Sabah bertemu beliau pada awal hari di Tawau dan telah berikrar kesetiaan mereka kepada negara.

"Mereka juga mengutuk tindakan lelaki bersenjata Sulu," tambah beliau.

Jamalul, sebelum ini mengisytiharkan gencatan senjata dari pukul 12.30 tengahari Khamis dan menggesa Malaysia untuk melakukan tindakan sama, menurut satu kenyataan yang dibacakan oleh Abraham Idjirani jurucakap beliau di Manila.

"Mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan," kata jurucakap itu.

"Mereka akan kekal di tempat di mana mereka berada sekarang. Mereka tidak akan meluaskan operasi," katanya, merujuk kepada militan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan