PM Umum Timur Sabah Sebagai 'Kawasan Keselamatan Khas'

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib pada sidang media ketika membuat tinjauan Op Daulat di Lahad Datu, Sabah pada Khamis.
Najib pada sidang media ketika membuat tinjauan Op Daulat di Lahad Datu, Sabah pada Khamis.

LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahagian timur Sabah meliputi Kudat, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai 'kawasan keselamatan khas' bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Menurut beliau lima batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditempatkan di bahagian berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut kekal aman tanpa pencerobohan.

Lima bahagian yang diumumkan Perdana Menteri itu membabitkan kawasan operasi pembersihan saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.

"Kawasan Keselamatan Khas ini berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera," katanya pada sidang media selepas meninjau dan mendengar taklimat berhubung Op Daulat di sini, Khamis.

Najib berkata pecahan lima batalion itu akan ditentukan selepas rundingan antara polis dan tentera diadakan kemudian.

"Pada prinsipnya kekuatan tambahan lima batalion itu akan ditempatkan di kawasan Special Security Area. Ini untuk memberikan keyakinan kepada rakyat timur Sabah bahawa meskipun operasi ini akan berakhir tetapi keselamatan (mereka) dan kedaulatan (negeri) mereka akan terus dipertahankan," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan beberapa lagi anggota kabinet.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan