PM Minta Rakyat Doa Keselamatan Wira Negara Tumpaskan Musuh Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia supaya mendoakan wira negara yang menumpaskan musuh di Sabah.

“Saya mahu katakan, wira-wira negara kita berhadapan dengan risiko dalam operasi yang sedang berjalan pada masa ini.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan mereka dan juga supaya musuh negara dapat ditumpaskan, dan membanterasnya untuk semua,” katanya semasa lawatan kerja ke ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini Rabu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan