MB Selangor Tidak Percaya Tian Chua Ragu Ancaman Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menjauhkan diri daripada kenyataan kontroversi yang dikeluarkan rakan pimpinan parti, Tian Chua yang mendakwa terdapat konspirasi dalam pencerobohan Lahad Datu.

Khalid berkata beliau percaya dan menghormati usaha-usaha yang dibuat oleh pihak polis dan angkatan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Katanya, beliau tidak berfikir seorang pemimpin PKR akan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Ia adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada institusi kita, polis dan tentera bagi melindungi negeri dan negara," katanya selepas mesyuarat exco negeri, Rabu.

Sementara itu, saudara komando polis yang terkorban membuat laporan polis terhadap Tian Chua di Ibu Pejabat POlis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini, Rabu.

Azni Che Ahmidon berkata dia bangga sepupunya, Sarjan Sabarudin Daud meninggal dunia kerana mempertahankan negara.

Azni berkata tuntutan tidak bertanggungjawab bahawa kematian Sabarudin ini adalah konspirasi Umno harus dihentikan.

Banyak laporan yang sama turut dibuat terhadap Tian Chua di seluruh negara oleh kumpulan-kumpulan politik dan pertubuhan bukan kerajaan.

Di Petaling Jaya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Tian Chua dan ahli Parlimen Subang R. Sivarasa melawat Manila pada awal Februari.

Mereka berada di sana untuk menyiasat skim piramid yang didakwa didalangi oleh Manuel Amalilio, yang telah dikenal pasti sebagai ahli perniagaan Sabah, Mohd Kamal Sa'ad, dari Beaufort.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan