Datuk Mohamad Zabidi Zainal Dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamad Zabidi Zainal
Mohamad Zabidi Zainal

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamad Zabidi Zainal dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa 15 Mac ini.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pelantikan Mohamad Zabidi diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata pelantikan Mohamad Zabidi berdasarkan pengalaman, kompetensi dan ciri-ciri kepimpinannya, untuk meneruskan tanggungjawab mempertingkatkan usaha mentransformasikan Perkhidmatan Awam melalui pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cekap, berinovasi dan berintegriti.

Ali berkata Mohamad Zabidi yang merupakan pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Tenggara) (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya, memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sejak 1 Disember 1981.

Beliau pernah menyandang jawatan penolong setiausaha di Kementerian Penerangan, Penolong Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

"Saya berkeyakinan penuh bahawa dengan pengalaman dan pengetahuannya yang luas, Datuk Mohamad Zabidi Zainal akan dapat memimpin Jabatan Perkhimdatan Awam dengan penuh integriti, cekap, telus dan berkesan demi kecemerlangan negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan