Bebola Daging Ikea Kembali Dalam Menu

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ikea Malaysia mengumumkan pada Khamis bahawa hidangan bebola dagingnya akan kembali ke Restoran Ikea dan Pasar Makanan Sweden di kedai itu pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan, kedai kelengkapan rumah itu berkata hasil keputusan DNA (Asid Deoksiribonukleik) oleh sebuah makmal bebas tempatan mengesahkan bebola daging yang dijual di negara ini hanya mengandungi daging lembu.

"Bebola daging itu mempunyai sijil halal dan dikeluarkan di Malaysia.

"Keyakinan dan kepercayaan pelanggan amat penting untuk IKEA. Kami komited untuk menghidangkan dan menjual makanan yang selamat, sihat dan dihasilkan dengan menjaga kepentingan alam sekitar dan orang-orang yang menghasilkan," katanya.

Untuk meraikan kepulangannya, Ikea Malaysia akan menjual bebola daging itu pada harga 20 sen sebiji esok (Jumaat). BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan