Bangladesh Hantar 11,758 Pekerja Ke Malaysia - Berita Semasa | mStar

Bangladesh Hantar 11,758 Pekerja Ke Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sejumlah 11,758 pekerja dari Bangladesh bakal tiba di Malaysia secara berperingkat, dengan penerbangan pertama dijadual pada 27 Mac ini, kata Ketua Pengarah Biro Tenaga Manusia, Pekerjaan dan Latihan (BMET) Shamsun Nahar.

"Sesi orientasi dan latihan pekerja terpilih telahpun tamat," katanya.

Proses mendapatkan visa Malaysia sedang berjalan dan diharap dapat disiapkan dalam tempoh beberapa hari lagi, katanya kepada sebuah laman web Bangladesh, bdnews.com.

Beliau berkata kerajaan Bangladesh cuba menghantar jumlah maksimum pekerja yang boleh dalam fasa pertama.

"Bagaimanapun, ini bergantung kepada berapa cepat visa siap," katanya.

Selepas pendaftaran dalam talian berakhir, kerajaan Bangladesh memilih 11,758 orang dalam pusingan pertama sehingga akhir Januari untuk dihantar ke Malaysia di bawah aturan kerajaan dengan kerajaan (G2G).

Mereka yang berminat pergi ke Malaysia sebagai pekerja perlu mendaftar nama di pusat kerajaan yang ditetapkan.

Pendaftaran bermula di pusat penerangan dan perkhidmatan kesatuan pada 13 Januari.

Sejumlah 1,435,436 orang dari 64 daerah di Bangladesh mengisi borang pendaftaran.

Daripada jumlah itu, 34,500 orang dipilih melalui cabutan undi secara dalam talian.

Bangladesh memohon untuk meningkatkan jumlah penghantaran pekerja asing ke negara yang mempunyai prospek ekonomi yang cerah memandangkan wang yang dikirim pulang kini muncul sebagai satu daripada perolehan utama ekonomi negara itu.

Kiriman wang ke Bangladesh oleh kalangan ekspatriat meningkat kepada US$14.2 bilion pada 2012, kenaikan sebanyak 16.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, memandangkan ramai antara mereka yang pergi sendiri ke negara asing dieksploitasi sepenuhnya, kerajaan terpaksa campurtangan untuk memperkemas penghantaran buruh asing ke luar negara menerusi aturan G2G, menurut laporan itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan