Semua Exco Perlis Dilantik Semula

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kesemua lapan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis yang penggal perkhidmatan mereka berakhir 18 Mac ini dilantik semula memegang jawatan masing-masing pada Rabu.

Mereka ialah anggota dewan undangan negeri kawasan Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail, Sabry Ahmad (Santan), Ahmad Bakri Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Datuk Mat Rawi Kassim (Beseri), Jafperi Othman (Guar Sanji), Mansor Jusoh (Chuping) dan Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan).

Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan itu sehingga pilihan raya umum akan datang di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau pada Rabu.

Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat sama ada mereka akan kekal dengan portfolio masing-masing atau berlaku rombakan portfolio apabila tempoh kuatkuasa pelantikan semula itu bermula 19 Mac ini.

Pada masa ini, Syed Razlan menerajui portfolio Pelaburan, Perdagangan, Industri dan Hubungan Antarabangsa; Sabry (Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi); Ahmad Bakri (Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar); Abdul Jamil (Belia, Sukan dan Kebudayaan); dan Mat Rawi (Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar, Penguatkuasaan dan Kepenggunaan).

Jafperi pula menerajui portfolio Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah; Mansor Jusoh (Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Hal Ehwal Pengguna) dan Dr Por (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berangkat ke majlis angkat sumpah itu.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid.

Sementara itu, Sabry yang ditemui Bernama berkata, setakat ini tiada perubahan portfolio diumumkan dan beliau akan kekal menerajui Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi.

Katanya, tanggungjawab yang diamanahkan itu akan dipikul sehingga pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan