Saki Baki Pengganas Sulu Di Lahad Datu Terus Diburu

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir 20 minit jet pejuang F18 dan Hawk membedil sekitar Kampung Tanduo di timur Sabah selepas pasukan keselamatan bertekad tiada lagi pilihan setelah usaha penyelesaian tanpa pertumpahan darah isu pencerobohan pengganas Sulu ke atas wilayah berdaulat Malaysia selama 21 hari tidak mendatangkan hasil.

Hampir empat jam kemudian Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengumumkan Op Daulat melibatkan serangan udara dan darat 'menepati objektifnya'.

Beliau bagaimanapun sehingga lewat petang ini tidak mengumumkan bilangan musuh yang terbunuh, cedera atau ditangkap.

Reaksi spontan rakyat Malaysia pelbagai lapisan masyarakat menyokong tindakan Malaysia itu dalam menjaga kedaulatan negara.

Malah, ada yang mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai 'Sultan Sulu' untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar misalnya berkata desakan itu wajar kerana walaupun Jamalul Kiram III tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, dia boleh dianggap bersubahat berdasarkan sokongan yang ditunjukkan melalui beberapa kenyataannya.

Op Daulat yang dilancar pasukan polis dan tentera yang bermula seawal 7 pagi itu, kini diteruskan dengan gerak gempur melalui darat bagi memburu dan menangkap anggota kumpulan pengganas dari Sulu yang menceroboh Lahad Datu.

Serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk itu, diikuti serangan mortar dan gerak gempur melalui darat.

Tiga letupan kuat diikuti beberapa letupan kecil didengari di kawasan itu selepas setengah jam bunyi jet pejuang memenuhi ruang udara kawasan berkenaan.

Serangan pasukan keselamatan yang bertumpu di kawasan seluas empat kilometer Kampung Tanduo itu disifatkan Ismail sebagai berjaya mencapai objektif yang ditetapkan operasi itu.

Beliau berkata sejak serangan dimulakan, pasukan keselamatan negara mendapat tentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan tentera.

"Tiada kecederaan atau kematian di pihak anggota keselamatan," katanya.

Kumpulan bersenjata dan berpakaian ala tentera itu yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu pada 12 Feb lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata kerajaan mesti mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya. PUR 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Ismail pada sidang akhbar pukul 4 petang ini berkata Op Daulat itu masih berjalan kerana polis percaya masih ada anggota kumpulan itu di kampung berkenaan.

Tindakan susulan dan penggeledahan rumah ke rumah dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

Katanya semangat dan moral pasukan keselamatan terus membara untuk menyelesaikan misi dengan jaya demi kedaulatan negara berkat sokongan dan dorongan kuat rakyat Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mod Zin pula berkata selain semangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera, seperkara lagi yang begitu membanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin antara pasukan polis dan tentera dalam operasi pembersihan di Kampung Tanduo melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Sementara itu, polis menasihati orang ramai agar tidak mendengar khabar dan membuat sebarang andaian mengenai operasi itu khususnya berkenaan jumlah kematian atau mereka yang cedera.

"Berita-berita yang tidak tepat ini boleh jejaskan operasi yang sedang berjalan," katanya yang meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana serangan dalam 'Op Daulat' itu hanya melibatkan Kampung Tanduo.

Ismail berkata serangan ofensif itu perlu diambil pasukan keselamatan dalam mempertahan keselamatan negara dan memastikan keamanan dan ketenteraman di Sabah tidak tergugat.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan