Sabah Sumbang RM100,000 Kepada Keluarga Polis Terkorban

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada setiap keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kabinet negeri yang membincangkan perkara itu turut bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu.

"Di samping itu, kerajaan negeri akan mempertimbang pemberian bantuan lain yang sesuai kepada balu dan anak-anak anggota serta pegawai polis terbabit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet Sabah di Wisma Innoprise, di Likas dekat sini, Rabu.

Musa berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah amat menghargai dan menyanjung tinggi jasa serta pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahan kedaulatan negara.

"Sesungguhnya pengorbanan mereka terhadap negara memang besar maknanya yang tidak dapat dinilai dengan apa sekalipun," katanya.

Lapan anggota polis terkorban dan empat yang lain cedera dalam insiden pencerobohan pengganas asing di pantai timur Sabah pada Jumaat dan Sabtu lepas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan