KL, Manila Anggap Pencerobohan Bersenjata Sulu Sebagai Pengganas

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menganggap penceroboh bersenjata Sulu yang membunuh lapan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sebagai pengganas, dan ini turut dikongsi Setiausaha Luar Filipina Albert F. Del Rosario.

"Setiausaha Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabelkan sebagai pengganas," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan, Selasa.

Kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di ibu negara Malaysia ini malam tadi untuk membincangkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua pekan di Sabah itu.

"Kita menghargai pendirian kerajaan Filipina dan Presiden Benigno Aquino yang menggesa kumpulan Sulu itu menyerah diri dan pulang kepada keluarga dan rumah masing-masing di Filipina.

"Kumpulan itu bagaimanapun memilih untuk mengabaikan seruan itu," kata Menteri Luar Malaysia itu.

Mengenai hasrat Manila supaya anggota kumpulan itu didakwa di mahkamah Filipina, Anifah berkata Malaysia perlu mendapatkan penjelasan mengenai undang-undang yang mereka akan didakwa, dan untuk undang-undang itu dikaji oleh Peguam Negara Malaysia.

"Setiausaha Rosario memberi jaminan bahawa kerajaan Filipina akan membawa kumpulan Sulu yang terlibat dengan keganasan di Lahad Datu dan Semporna ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya juga menekankan bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Jamalul Kiram ke atas pelbagai kenyataan beliau yang membangkitkan perasaan kebencian dan kemarahan," kata Anifah yang merujuk kepada Jamalul Kiram yang mendakwa kononnya beliau 'Sultan Sulu'.

Katanya Rosario memaklumkan kepadanya bahawa kerajaan Filipina mengecam tindakan penceroboh tersebut.

"Beliau memanjangkan ucapan takziah kepada anggota keluarga keselamatan yang terkorban dan juga kepada rakyat Malaysia," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan