Jumlah Pengganas Sulu Maut Diumum Selepas Ops Daulat Selesai - Berita Semasa | mStar

Jumlah Pengganas Sulu Maut Diumum Selepas Ops Daulat Selesai

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota tentera menaiki kereta perisai Condor menuju ke Kampung Tanduo mencari saki baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang bersembunyi di kampung itu, di sini pada Rabu. -fotoBERNAMA
Anggota tentera menaiki kereta perisai Condor menuju ke Kampung Tanduo mencari saki baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang bersembunyi di kampung itu, di sini pada Rabu. -fotoBERNAMA

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan akan mengumumkan jumlah kematian dan kecederaan pengganas Sulu yang diserang dalam operasi besar-besaran semalam apabila Ops Daulat selesai sepenuhnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di sini, pagi Rabu bagaimanapun enggan menjelaskan bila operasi tersebut akan berakhir.

Menurutnya sehingga kini operasi mencari dan menggeledah baki pengganas Sulu masih diteruskan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan