Hospital Lahad Datu Siap Siaga Selepas 'Ops Daulat' Di Kampung Tanduo

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kakitangan di Hospital Lahad Datu di sini berada dalam keadaan bersiap siaga sejak 7 pagi hari ini sebaik mendapat maklumat pasukan keselamatan melancarkan 'Ops Daulat' terhadap penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini.

Pengarahnya Dr Tan Hee Ting berkata 60 kakitangannya bersiap sedia untuk merawat mana-mana mangsa dan mereka yang cedera.

"Kami telah bersiap sedia sejak 9 Feb apabila mendengar kumpulan itu memasuki negeri kami. Sejak itu, kami sentiasa berjaga-jaga," katanya kepada Bernama.

Dr Tan berkata Hospital Lahad Datu dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi bagi krisis ini sambil menambah hospital itu menjadi pelengkap kepada peranan Hospital Duchess of Kent di Sandakan yang bertindak sebagai hospital utama.

Keadaan di Hospital Lahad Datu agak tenang sejak pihak media tiba seawal 8 pagi Selasa

Bagaimanapun, pita keselamatan direntang dengan pintu masuk ke unit kecemasan dikawal dan pengumuman dibuat dari semasa ke semasa bagi mengingatkan petugas terbabit untuk bersedia sepanjang masa.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dan darat ke atas kumpulan penceroboh bersenjata itu 7 pagi ini.

Dalam sidang akhbar di Felda Sahabat 16, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tiada kecederaan dilaporkan di kalangan pihak keselamatan semasa operasi itu.

Polis mengepung kawasan di Kampung Tanduo apabila kumpulan penceroboh bersenjata yang mahu dikenali sebagai tentera Kesultanan Sulu, menjadikan kampung itu sebagai kubu mereka.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan