Anwar Dakwa Kerajaan Gagal Tangani Insiden Lahad Datu

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kepimpinan kerajaan gagal menangani isu pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu lebih awal.

Anwar berkata, kerajaan sepatutnya menyelesaikan lebih awal insiden pencerobohan tersebut sebelum lebih banyak pertumpahan darah berlaku.

"Ini bukan kelemahan di peringkat Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan polis tetapi ini kelemahan dalam memberi arahan di peringkat tertinggi.

"Kenapa kerajaan ambil masa yang lama sampai 23 hari untuk atasi insiden pencerobohan sedangkan kedaulatan (Sabah) digugat," katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut berjanji Pakatan Rakyat akan memelihara kedaulatan Sabah dan negara ini sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan.

"Jika kita ambil alih, kita janji tidak akan membenarkan mana-mana militan masuk ke negara ini. Demi kedaulatan dan maruah negara ini," katanya.

Beliau sekali lagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memanggil sidang Parlimen tergempar untuk membincangkan isu pencerobohan di Lahad Datu serta memberi penerangan kepada semua ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Anwar menegaskan serangan yang dilakukan oleh kerajaan adalah terhadap penceroboh bersenjata yang mengaku tentera Sulu dan bukannya rakyat Sulu yang tinggal di Malaysia.

"Ini bukan peperangan terhadap rakyat Sulu tapi terhadap puak penceroboh bersenjata... Kita telah jelaskannya kita tidak akan benarkan sebarang aktiviti militan di negara ini," katanya.

Sementara itu gesaan agar sidang Parlimen tergempar turut dilontarkan oleh beberapa pemimpin pembangkang.

Antaranya adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong yang menegaskan amalan demokrasi menetapkan soal keselamatan dan soal hubungan luar negara diputuskan secara dwipartisan.

"Sebagai ahli parlimen, kami mahu diberi peluang memahami latar belakang isu ini.

"Isu ini mewajarkan satu sidang khas parlimen diadakan," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan