Rakyat Malaysia Di Filipina Dinasihati Lebih Berwaspada

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini menggalakkan semua rakyat Malaysia di Filipina supaya mengutamakan keselamatan diri berikutan perkembangan terkini di Lahad Datu, Sabah, apabila operasi dijalankan untuk menghapuskan pengganas asing bersenjata.

Mereka juga dinasihati supaya lebih berwaspada semasa menjalankan aktiviti harian.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila dan pejabat konsul jeneral di Davao City sentiasa berhubung dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan di Filipina dalam memantau serta menilai tahap keselamatan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat serta kepentingan Malaysia di Filipina.

Ia menyentuh tentang demonstrasi yang diadakan sekumpulan 40 orang di luar kedutaan itu yang bermula pada 10 pagi ini dan berakhir tanpa kejadian tidak diingini pada 11.30 pagi.

Pihak yang berdemonstrasi itu, kata kementerian berkenaan, dipercayai mewakili sejumlah kecil kumpulan setempat yang berhasrat menyuarakan pandangan mereka mengenai keadaan di Lahad Datu.

"Kementerian Luar Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Filipina, khususnya Polis Negara Filipina, kerana menyediakan perlindungan keselamatan yang diperlukan kepada Kedutaan Malaysia di Manila dan pejabat konsul jeneral di Davao City," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut memandangkan keadaan keselamatan semasa di kedua-dua pejabat perwakilan diplomatik dan kawasan persekitaran berada dalam keadaan tenang dan terkawal, kedua-dua kedutaan itu akan terus dibuka melainkan kementerian memaklumkan sebaliknya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan