Moral Pasukan Polis Tinggi - KPN

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Moral pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan rakyat Sabah kekal berada di tahap yang tinggi walaupun lapan anggota pasukan keselamatan itu terkorban dalam insiden pencerobohan Kampung Tanduo, di sini dan di Semporna.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata insiden pertempuran di Kampung Tanduo, di sini Jumaat lepas dan serangan hendap terhadap anggota polis di Semporna pada Sabtu tidak mampu melemahkan semangat pasukan dan anggota PDRM dalam menjamin keamanan dikekalkan di negeri itu.

"Mereka kini berada di tahap moral yang tinggi selepas mendengar rakan mereka gugur dalam menghadapi perkara itu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Turut hadir pada sidang akhbar itu Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Ismail berkata faktor lain yang menaikkan moral pasukannya ialah kejayaan operasi mereka yang menyebabkan 19 orang anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

Dalam pertempuran Jumaat lepas 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.

Di Semporna, enam anggota polis gugur sebagai wira negara setelah diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh Sabtu lepas.

Sementara itu, Zulkifeli berkata beliau mengarahkan satu kompeni untuk mengukuhkan kedudukan anggota pasukan dalam menjaga keamanan di daerah Kunak.

Kehadiran tentera itu untuk membantu polis menjaga ketenteraman di kawasan berkenaan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan