Lahad Datu: Operasi Bersama Polis-ATM Berskala Besar Pertama

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengadakan sidang media bersama di Lahad Datu, Selasa. Pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengadakan sidang media bersama di Lahad Datu, Selasa. Pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR

PETALING JAYA: Serangan yang dilancarkan di Lahad Datu merupakan operasi usaha bersama yang berskala besar julung kali diadakan antara polis dan angkatan tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ATM menggunakan tiga unit pesawat pejuang F-18, lima unit pesawat pejuang Hawks dalam melakukan serangan bersama dengan pihak polis di darat dan anggota tentera.

“Ini merupakan yang pertama kali bagi angkatan tentera dan polis bekerjasama dalam sesuatu yang penting seumpama ini.

“Ini bertujuan untuk keselamatan semua rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Walaupun berlakunya serangan itu, Ahmad Zahid berkata, hubungan melibatkan Malaysia dan Filipina kekal baik.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada kecederaan atau kematian di kalangan pasukan keselamatan Malaysia.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan