KPN Beri Jaminan Keadaan Di Semporna Terkawal

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kawalan keselamatan di daerah Semporna yang terletak berhampiran Lahad Datu, diperketatkan ekoran serangan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Beliau memberi jaminan kepada penduduk di kawasan sekitar bahawa keadaan keselamatan di daerah ini, yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Lahad Datu, adalah terkawal.

Ismail berkata operasi yang dijalankan pihak keselamatan di kawasan itu tidak menjejaskan keselamatan penduduk di Semporna yang rata-rata melahirkan kebimbangan mungkin berlaku serangan balas oleh pihak penceroboh di kawasan itu.

"Kami telah mengetatkan kawalan keselamatan di daerah Semporna terutama di kawasan Kampung Simunul. Pegawai dan anggota polis telah bersiap-sedia dari pelbagai aspek, jadi saya minta orang ramai jangan panik," katanya, Selasa.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan khabar angin yang disebar pihak tidak bertanggungjawab, sambil menegaskan bahawa langkah keselamatan yang diatur pasukan keselamatan adalah yang terbaik.

Orang ramai hanya sentiasa perlu mendapatkan maklumat yang sahih dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna agar berita yang tepat dapat disalurkan, katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata keadaan di daerah Semporna dalam keadaan baik dan orang ramai diminta sentiasa menghubungi IPD Semporna di talian 089781244 bagi mendapatkan maklumat sebenar.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama ke Pekan Semporna mendapati rata-rata penduduk melahirkan kebimbangan mengenai situasi di Kampung Tanduo yang mungkin menjadi sasaran serangan balas daripada kumpulan penceroboh di sini.

Moses Tan, 35, berkata keadaan di Kampung Tanduo mungkin boleh merebak ke Semporna.

Bagaimanapun, beliau melahirkan keyakinan situasi itu mampu dikawal pasukan keselamatan dengan cekap.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan