Konsesi Air Selangor Mahu Berunding - MB

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Empat syarikat pemegang konsesi air di Selangor pada dasarnya tidak menolak tawaran awal kerajaan negeri untuk mengambil alih industri air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, kesemua syarikat pemegang konsesi itu sanggup mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi memuktamadkan cadangan pengambilalihan itu.

"Pemegang konsesi mahu mendapat penjelasan berkenaan isu-isu tertentu berhubung penentuan penilaian aset.

"Secara ringkas, tidak ada mana-mana pemegang konsensi menolak tawaran awal kerajaan negeri (mengambil alih aset mereka)," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat sebuah dialisis di Taman Sri Andalas, di sini, Isnin.

Pada 20 Februari lepas, jawatankuasa exco kerajaan negeri Selangor membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk memulakan proses pengambilalihan empat syarikat pemegang konsesi itu.

Empat syarikat tersebut itu ialah ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash). BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan