Kementerian Luar Diminta Desak Filipina Ektradisi Jamalul Kiram

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokongan melalui beberapa kenyataan.

"Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', untuk dibicarakan di mahkamah negara ini.

Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnya bersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskan undang-undang dikaji terlebih dahulu.

"Pakar undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlu main peranan dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undang antarabangsa supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat," katanya.

Mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan itu mengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima.

"Tindakan itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat sokongan daripada Jamalul Kiram, dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota polis walaupun pada hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding," jelasnya.

Dekan Kolej Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed pula berkata dari sudut hubungan diplomatik, kerajaan Malaysia boleh meminta kerajaan Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) Datuk Mohamad Jamil Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undang antarabangsa dikaji, terutama yang melibatkan soal ekstradisi.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan