Misuari Daripada MNLF Sedia Bantu Runding Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu

Diterbitkan: Isnin, 4 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAVOI CITY, Filipina: Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari memberitahu Malaysia bahawa beliau bersedia untuk membantu dalam rundingan bagi menyelesaikan masalah pencerobohan di Sabah secara aman.

“Ia adalah mesej saya kepada Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri) Najib (Tun) Razak bahawa saya bersedia untuk menghantar cucu saudara saya untuk mengadakan perbincangan terbuka,” kata Misuari kepada pemberita pada ulang tahunnya yang ke-71 di sini pada Ahad, menurut Rappler.com.

Misuari berkata, beliau juga bersedia pergi ke Malaysia sendiri untuk membantu menamatkan krisis tersebut.

Beliau bagaimana pun menambah, Malaysia tidak menyahut akan tawarannya itu.

Tetapi Misuari berkata, beliau bimbang mengenai kanak-kanak dan wanita dari kumpulan Sulu di Lahad Datu yang “kini sedang berhadapan dengan kebuluran dan bahaya,” lapor laman web itu.

Misuari juga menafikan dakwaan beliau membiayai kumpulan bersenjata yang terlibat dalam pencerobohan Sabah.

Pengikut Sultan Sulu belayar ke Sabah pada bulan lepas untuk menuntut Sabah kembali.

Kerajaan Filipina merayu supaya mereka pulang ke tanah air tetapi mereka enggan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan