Lahad Datu: PM Minta Rakyat Jangan Percaya Khabar Angin

Diterbitkan: Isnin, 4 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini terutama di Sabah supaya tidak mempercayai khabar angin bahawa keadaan keselamatan di negeri itu kini dalam keadaan tidak terkawal berikutan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan kawasan berhampiran.

Perdana Menteri berkata kejadian tembakan susulan pencerobohan itu hanya berlaku di tiga tempat iaitu Lahad Datu, Semporna dan Kunak dan tidak berlaku di tempat-tempat lain.

"Kalau ada khabar angin ia adalah tidak berasas dan tidak berpandukan hakikat sebenar. Rakyat Sabah terutamanya jangan rasa gementar atau takut akan keselamatan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini, Ahad.

Beliau berkata pihak keselamatan sedang menjalankan operasi mengikut keadaan dan situasi semasa di ketiga-tiga kawasan tersebu.

"Berilah peluang dan masa untuk mereka lakukan tindakan dan operasi untuk tumpaskan kumpulan itu dan selamatkan pihak-pihak di sana," katanya.

Najib berkata beliau yakin dan percaya akan kemampuan pasukan keselamatan negara apatah lagi kini anggota keselamatan di sana telah ditambah.

"Anggota polis telah ditambah. Tentera pun dah hantar dua batalion ke Sabah. Kita ada kekuatan yang mencukupi untuk menghadapi apa jua keadaan," katanya.

Mengenai insiden seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, Najib berkata ia satu kejadian yang tidak diduga.

"Pasukan kita dengan kekuatan 57 anggota. Mereka tak menduga kumpulan ini sanggup ambil tindakan cukup ganas. Pasukan kita pergi ke sana untuk mencari maklumat untuk gambaran lebih jelas," katanya.

Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Jumaat lepas, dua anggota polis komando VAT 69, ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, terkorban dan tiga lagi anggota polis cedera dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Dalam kejadian itu, 12 anggota pasukan penceroboh terbunuh. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan