6 Anggota Polis Terkorban Di Semporna Dinaikkan Pangkat

Diterbitkan: Isnin, 4 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Enam anggota polis yang maut dalam insiden serangan hendap oleh kumpulan bersenjata di sebuah kampung di Semporna, Sabah pada Sabtu.
Enam anggota polis yang maut dalam insiden serangan hendap oleh kumpulan bersenjata di sebuah kampung di Semporna, Sabah pada Sabtu.

PETALING JAYA: Kesemua enam anggota polis yang maut dalam insiden serangan hendap oleh kumpulan bersenjata di sebuah kampung di Semporna, Sabah dinaikkan pangkat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan perkara itu kepada beliau selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Supt Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, setibanya jenazah mereka di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, Isnin.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri dan kerajaan atas kenaikan pangkat ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu mengurangkan beban keluarga mereka," kata Khalid kepada pemberita.

Turut terbunuh dalam serangan hendap Sabtu lepas di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna ialah ASP Micheal Padel, 36, Sarjan Baharin Hamid, 49, Sarjan Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Koperal Salam Togiran, 42.

Khalid berkata PDRM akan menghulur bantuan lain yang layak diterima kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta ratusan pegawai dan anggota polis lain memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua jenazah.

Turut hadir isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah; Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan