SPR Akan Jumpa Parti Politik Sebelum PRU - Berita Semasa | mStar

SPR Akan Jumpa Parti Politik Sebelum PRU

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertemu dengan semua pemimpin parti politik bagi memberi penerangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata perjumpaan itu yang akan diadakan dalam masa terdekat, antara lain adalah untuk memberi penerangan berkaitan proses perjalanan pilihan raya umum, termasuk proses pengundian.

"Sebelum ini kami telah pun berjumpa dan memberi penerangan, termasuk sesi soal jawab, bersama mereka di bangunan Parlimen dan juga di Putrajaya pada tahun lepas.

"Kami juga sudah buat beberapa sesi penerangan tentang undang-undang berkaitan pilihan raya umum dan simulasi kepada semua parti mengenai penggunaan dakwat kekal di seluruh negara," katanya kepada Bernama.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara lebih terperinci butiran penjelasan dan pertemuan itu.

Dalam pada itu, Wan Ahmad mengingatkan kesemua pihak supaya tidak menganggu proses pengundian seperti membuat kecoh dan membuat kacau kerana mereka akan berdepan dengan tindakan daripada SPR.

Beliau berkata mengikut Akta Pilihan Raya seseorang yang menganggu proses pengundian di tempat mengundi boleh dihukum setahun penjara atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

"Kita tidak mahu kekecohan kerana ia akan menyebabkan proses pengundian terganggu. Harus diingat, ramai lagi yang beratur dan menunggu giliran untuk mengundi," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kes yang pernah diambil tindakan sebelum ini.

Wan Ahmad berkata jika terdapat kekecohan, Ketua Tempat Mengundi akan menangani masalah itu dengan cara baik supaya pengundi dapat mengundi dan keluar daripada bilik mengundi.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan