Rakyat Sabah Puji Keberanian Penduduk Kg Senallang Lama, Semporna

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah yang kini menetap di ibu negara mengikuti dengan penuh debaran setiap perkembangan terbaru berhubung kekejaman penceroboh Sulu di wilayah Lahad Datu dan Semporna ketika ini.

Mereka turut memuji keberanian penduduk sebuah kampung Semporna kerana berjaya menumbangkan seorang penceroboh yang sebelum itu mengancam nyawa penduduk dengan senjata M-16 dan pelancar roket.

Dalam insiden pukul 7 pagi, lelaki berpakaian hitam dalam lingkungan 60 tahun melepaskan beberapa das tembakan sebelum mengarahkan penduduk berkumpul di kawasan lapang. Ketika lelaki itu alpa, beberapa penduduk menerkam dan membelasahnya hingga mati.

Ainol Marantin, 28, pekerja swasta yang menetap di Kepong berkata kejadian di Semporna itu bersifat mempertahankan tanah air daripada penceroboh.

"Sekiranya saya di sana pun saya akan melakukan perkara sama kerana kita berhak mempertahankan kampung kita dari diceroboh. Itu adalah kesatuan hati penduduk kampung kerana ia mungkin terkesan daripada isu yang berlaku di Lahad Datu," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Ainol yang berasal dari Tamparuli, Sabah berkata kawalan keselamatan di setiap sempadan negara perlu dipertingkatkan selepas berlakunya insiden yang menggugat kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna.

"Setiap sempadan perlu diletakkan sekurang-kurangnya dua pos kawalan pasukan keselamatan supaya isu pencerobohan bersenjata tidak berulang lagi yang dilihat boleh meragut nyawa penduduk di Sabah," katanya.

Reaksi sama turut diberikan seorang lagi anak jati Sabah yang kini menetap di Jalan Kuchai Lama, Morin Wong Shiann Yi, 30, yang menyifatkan tindakan penduduk kampung itu sebagai satu tindakan bijak dan berani.

Beliau yang berasal dari daerah Penampang itu berkata ketika ini rakyat Sabah seharusnya bersatu hati dalam menentang penceroboh keamanan dan keselamatan negara dan tidak hanya mengharapkan pasukan keselamtan seperti polis sahaja.

"Go Sabahan go! Bersatu kita teguh bercerai kita roboh dan hanya rakyat tempatan sahaja yang betul-betul mengenali siapa sebenarnya rakyat Sabah dan siapa yang bukan (penceroboh)," katanya.

Ijang, 30, berasal dari Putatan pula berkata keberanian penduduk kampung itu tidak boleh dipertikaikan tetapi soal undang-undang masih tidak boleh dipandang ringan.

"Walhal keberanian mereka (penduduk kampung) itu mungkin kerana mereka sayangkan akan daerah dan negeri mereka. Tapi undang-undang tetap undang-undang. Silap langkah teruk jadinya sebab tidak mustahil negara luar tengahmenunggu 'peluang'," katanya yang kini menetap di Sungai Buloh.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memuji keberanian penduduk kampung tersebut yang disifatkannya sebagai melepaskan kemarahan penduduk kampung terhadap kumpulan penceroboh. "Mereka bertindak sendiri untuk menyelamatkan orang kampung yang dijadikan tebusan. Mereka tunjukkan keberanian luar biasa. Orang kampung tak setuju dan bertindak tanpa takut akan nyawa mereka sendiri," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan