Kerajaan Terengganu Akan Terus Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir termasuk gelombang pusingan ketiga beberapa hari lepas yang menjejaskan daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata bantuan itu menggambarkan kerajaan begitu prihatin dan peka bagi membantu mereka yang ditimpa musibah. "Kita akan bagi lagi bantuan kepada mereka yang terjejas banjir gelombang ketiga... cuma kita belum dapat jumlah yang sebenar lagi sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan bantuan mangsa banjir 2012/2013 daerah Kuala Terengganu pada Ahad.

Seramai 524 keluarga yang terjejas di daerah ini, masing-masing menerima bantuan RM500 bagi setiap keluarga daripada tabung banjir kerajaan negeri.

Kerajaan negeri menyediakan peruntukan lebih RM5 juta untuk tujuan tersebut di mana pengagihan selesai dilakukan di beberapa daerah kecuali Kemaman dan Hulu Terengganu. Lebih 10,000 keluarga terlibat dengan pengagihan bantuan itu di dua daerah berkenaan.

Sementara itu, kebanyakan penerima bantuan melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan itu.

Seorang suri rumah, Siti Fatimah Sulaiman, 53, yang lebih mesra dipanggil 'Kak Zan' berkata keluarganya mengalami kerugian lebih RM10,000 dalam kejadian banjir akhir tahun lalu.

Sambil menyifatkan bantuan itu dapat meringankan beban mereka, beliau berkata banyak peralatan rumah seperti mesin membasuh, almari, bantal dan tilam telah musnah.

Seorang lagi penerima yang juga bekas pesara kerajaan, Zakaria Abdullah, 61, melahirkan rasa terharu di atas pemberian kerajaan negeri itu dan akan menggunakan wang itu untuk pelajaran anak-anaknya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan