Kerajaan Perketat Kawalan Keselamatan - Musa Aman

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kenderaan awam bergerak keluar meninggalkan bandar Semporna ekoran kejadian tembakan di perkampungan air Simunul pada Sabtu yang mengakibatkan lima anggota polis terkorban. -foto AZHAR MAHFOF
Kenderaan awam bergerak keluar meninggalkan bandar Semporna ekoran kejadian tembakan di perkampungan air Simunul pada Sabtu yang mengakibatkan lima anggota polis terkorban. -foto AZHAR MAHFOF

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib bersetuju untuk menggandakan kekuatan pasukan tentera dan polis berikutan serangan terbaru melibatkan polis di Semporna, Tawau.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, Najib juga memberi jaminan bahawa keselamatan dan keamanan di Sabah akan menjadi keutamaan mereka, terutama selepas tembakan di Semporna pada malam Sabtu.

"Di pihak saya, saya akan bekerjasama rapat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memantau semua kawasan selain dari Lahad Datu," katanya pada Ahad.

Musa berkata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan tentera juga bersiap-sedia untuk menjalankan operasi di seluruh negeri.

"Saya juga menyeru agar pemimpin tempatan untuk bekerjasama bagi menurunkan tahap sentimen dan khabar angin mengenai apa yang berlaku di Sabah," katanya.

Musa berharap orang ramai berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin yang akan meningkatkan kebimbangan rakyat.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan