Kerajaan Janjikan Masa Depan Lebih Baik Untuk Golongan Belia -PM

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kerajaan tidak pernah menjanjikan "bulan dan bintang" untuk golongan belia tetapi mereka tetap dijanjikan masa depan yang jauh lebih baik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, para belia juga sentiasa diajak untuk membangunkan masyarakat secara bijak manakala pembangkang pula berusaha meruntuhkan masa depan golongan belia dengan membawa nilai songsang untuk mereka.

Berucap pada majlis perhimpunan orang muda "1M4U" di Dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini, beliau berkata, apa yang sedang dilaksanakan kerajaan untuk golongan belia sejak dahulu lagi ialah membina masa depan mereka.

Ini berbeda dengan apa yang dilakukan pihak pembangkang yang sentiasa mengajak golongan belia melanggar undang-undang, melakukan demostrasi jalanan dan memijak gambar pemimpin, katanya.

"Kita tak ajak belia langgar undang undang tapi kita ajak mereka hormati undang-undang dan kita ajak belia bina masa depan yang lebih baik dan bukan meruntuhkannya," kata Perdana Menteri.

Najib berkata, kerajaan sentiasa mengiktiraf golongan belia dan menyediakan kemudahan untuk mereka termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia selain pelbagai kemudahan yang telah dinikmati selama ini sebagaimana yang dijanjikan.

"Kita tidak bercakap bohong. Kita tak janjikan bulan dan bintang tapi kita janjikan masa depan yang jauh lebih baik," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga menawarkan peluang kepada generasi muda untuk memiliki rumah mampu milik malah untuk Perlis sahaja 10,000 unit rumah mampu milik akan ditawarkan dalam tempoh sehingga lima tahun akan datang.

Katanya, kerajaan turut menghulurkan bantuan RM140 juta untuk Perlis yang akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di samping membina sebuah sekolah sukan yang dianggarkan bernilai RM39 juta.

Beliau mengingatkan generasi muda supaya sentiasa sentiasa memberi sokongan terhadap apa jua usaha murni kerajaan demi masa depan mereka yang lebih cemerlang. Pada masa ini, negara berada dalam landasan terbaik termasuk dalam pembangunan ekonomi yang kukuh dan mantap malah pencapaian ekonomi negara turut diakui negara-negara lain sebagai yang terbaik di dunia.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut mengajak golongan belia supaya menghargai keamanan negara dan juga semangat perwira negara yang terkorban kerana mempertahankan negara seperti apa yang sedang berlaku di Sabah.

"Walaupun Sabah jauh dari Perlis tapi saya difahamkan isteri salah seorang anggota kita (Inspektor Zulkifli Mamat) yang terkorban adalah orang Perlis," katanya.

Beliau kemudiannya mengajak ribuan belia yang berhimpun pada majlis itu menyedekahkan Al-Fatihah kepada anggota-anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden itu.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri sempat menikmati minum petang bersama para pemimpin belia di samping melawat gerai-gerai pameran kendalian jabatan dan pertubuhan dan persatuan belia di Perlis.

Turut hadir di majlis itu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang juga Pengerusi BN Perlis. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan