Keluarga Tidak Sangka Berita Di Internet Membabitkan Adik Beradik Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Supritendan Ibrahim Lebar, 52, terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah semalam.
Allahyarham meninggalkan isteri serta tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Jenazah Ibrahim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ, Subang Jaya. -Foto BERNAMA
Supritendan Ibrahim Lebar, 52, terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah semalam. Allahyarham meninggalkan isteri serta tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Jenazah Ibrahim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ, Subang Jaya. -Foto BERNAMA

BESUT: Keluarga pegawai kanan polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna, Sabah malam tadi, tidak menyangka laporan berita yang dibaca di internet melibatkan adik beradik mereka sendiri.

Kakak pegawai kanan polis itu, Mek Nab Lebar, 60, berkata berita mengenai kejadian yang mengorbankan Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dibaca oleh adik bongsu mereka yang menetap di Melaka dan mengkhabarkan berita buruk itu kepadanya malam Sabtu.

"Hati ini dah mula tidak berapa sedap tapi kami tidak berapa percaya dan ambil keputusan terus hubungi isteri Allahyarham, Rosiah...dia juga mengatakan tidak dapat menyatakan kepastian.

"Akhirnya pagi ini kami terima berita kematian adik saya itu daripada isterinya kira-kira pukul 8 pagi setelah dimaklumkan oleh polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jabi dekat sini, Ahad.

Ibrahim dan empat lagi anggota polis terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah kira-kira pukul 8 malam.

Ibrahim dari Cawangan Khas, Bukit Aman berada di Semporna sejak dua minggu lepas dan difahamkan akan pulang ke semenanjung hari ini.

Ketika pemberita tiba di rumah kakak Ibrahim tengah hari ini, keluarga itu sedang bersiap untuk ke rumah Allahyarham di Seksyen 15, USJ, Subang Jaya, Selangor.

Ibrahim yang dipanggil 'Sudin' oleh anggota keluarganya adalah anak kesembilan daripada 10 beradik dan dia seorang yang ramah dan mudah mesra dengan sesiapa yang ditemuinya. Mek Nab berkata adiknya itu mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Alor Lintang, dekat sini sebelum memasuki kerjaya sebagai Inspektor Polis selepas menduduki Sijil Tinggi Persekolahan (STP).

Selepas bekerja, Ibrahim melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Ijazah Sarjana di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mek Nab berkata kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham ialah pada 24 Januari lepas ketika mengadakan kenduri Maulud Nabi di rumah peninggalan pusaka keluarga, di kampung itu.

"Sudin paling suka makan nasi kerabu, tiap kali balik ke Besut dia pasti membelinya atau menyuruh saya membuatnya untuk dimakan bersama isteri dan anak-anaknya," katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah Ibrahim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ, Subang Jaya atas permintaan isterinya yang bertugas sebagai pegawai di sebuah bank di sana.

Di PETALING JAYA, balu pegawai kanan polis itu begitu hiba dan sentiasa menangis sejak menerima berita kematian suaminya.

Kunjungan Bernama ke kediaman Ibrahim di Subang Jaya, di sini mendapati rumah Allahyarham mula dipenuhi sanak saudara dan jiran tetangga sejak petang Ahad.

Bagaimanapun, usaha Bernama menemubual Rosiah Dahlan, 40-an tidak berjaya.

Pasangan itu mempunyai tiga anak iaitu Amirul Shafiq, 22, Amira Shahira, 20, dan Amira Shahida, 17.

Seorang saudara Allahyarham yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata Ibrahim berminat untuk menjadi anggota polis sejak kecil.

"Dalam adik beradiknya hanya dia yang menjadi polis," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman Ibrahim di sini.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor SAC Hasanuddin Hassan yang turut menziarah keluarga itu, berkata maklumat yang mereka terima setakat pukul 5 petang ini mengatakan jenazah Ibrahim masih tidak dapat dibawa keluar dari Kampung Simunul, Semporna.

Turut menziarah keluarga itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan