Jui Meng Mungkin Tanding Parlimen Gelang Patah

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng mungkin dinamakan sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Walaupun PKR sepatutnya memberi kerusi berkenaan kepada DAP di bawah perjanjian 'pusingan' dengan bekas Pengerusi PKR Johor, Abdul Razak Ahmad, PKR dilihat berpeluang untuk bertanding di kerusi itu lagi bagi kali ketiga berturut-turut.

Menerusi senarai calon PKR bagi 12 kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Chua merupakan penama tunggal bagi kerusi Gelang Patah.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata: "(Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan buat keputusan," katanya.

"Anda perlu tanya kepada mereka," tambah Dr Boo, yang juga Adun Skudai.

Dr Boo berkata DAP akan bertanding du tujuh kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN di Johor.

Pada masa ini, Ahli Parlimen daripada MCA, Tan Ah Eng merupakan penyandang kerusi Gelang Patah.

Pembangkang yakin memenangi kerusi Gelang Patah jika sentimen masyarakat Cina terus memihak kepada mereka.

Bagaimanapun, perbalahan di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat di Johor dilihat akan berlaku jika Chua meminta untuk bertanding di kerusi Parlimen Bakri yang kini dipegang oleh wakil DAP, Er Teck Hwa.

Pada 2004, Chua memenangi kerusi Parlimen Bakri dengan undi sebanyak 19,058. Chua tidak bertanding pada tahun 2008.

Er menang dengan majoriti 722 undi menentang wakil MCA, Tay Puay Chuan pada pilihan raya umum lepas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan